Biografi singkat tentang Muhammad Al Fatih



          

    
      “ Jika bisa menaklukkan Konstatinopel, berarti bisa menaklukkan dunia “. Pepatah di atas lah yang saya pernah dengar di telinga saya ketika sedang membahas biografi tokoh muslim hebat yang satu ini. Mari langsung kita bahas.
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapaknya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik menguasai enam bahasa (bahasa Turki , Greek, Hebrew, Arab , Parsi dan Latin ) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al Ayubbi (pahlawan Islam dalamPerang Salib ) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al Qutus (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW :

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. “

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As- Shidiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Konstatinopel yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataruk kepada Istanbul . Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahwa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Sumber :  http://ms.wikipedia.org

0 komentar:

Post a Comment